Waktu/Time (Kuala Lumpur, Malaysia)

Tuesday, April 22, 2008

Welcome!Selamat Datang!

Blog dibangunkan khusus untuk warga TMpoint seluruh negara untuk berkongsi pengalaman, idea dan pendapat secara tidak formal mengenai perkhidmatan pelanggan di TMpoint. Walaubagaimanapun, setiap komen atau pendapat hendaklah diberikan secara berhemah dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Inisiatif pertama Ampang ialah membuat satu laman sesawang http://tmpointampang.multiply.com/ khusus untuk TMpoint Ampang pada November 2005 dengan bantuan staff TMpoint Ampang sendiri iaitu Encik Putera Zaidan. kebanyakan informasi yang terdapat didalam laman tersebut adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di TMpoint Ampang.
Pada tahun 2006, sempena pertandingan Branded Customer Service, TMpoint Ampang telah mengilhamkan satu idea yang bernas dimana menyediakan satu laman blog khusus untuk pelanggan TMpoint Ampang iaitu http://tmpointampang.blogdrive.com/ Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan TMpoint Ampang menyediakan satu lagi platform kepada pelanggan untuk pertanyaan atau aduan tentang produk dan perkhidmatan di TMpoint. Pelanggan juga boleh mengemailkan terus ke tmp_ampg@streamyx.com untuk pertanyaan dan aduan.
Akhir kata, diharapkan dengan adanya platform ini dapat dikongsi bersama dengan staff TMpoint seluruh negara bagi membincangkan sebarang topik berkenaan dengan perkhidmatan pelanggan.

No comments: